Saya Auditori, dan Anda?

23.11.13

Bismillah walhamdulillah...

Ayah dan masjid memang tak boleh dipisah dan itu telah menjadi kebiasaannya melainkan ada perkara-perkara tertentu yang menyebabkan terpaksa solat di rumah.

Saya masih ingat. Ketika saya dalam likungan empat atau lima tahun, jika ayah menjadi imam kami di rumah, dia kerap membaca beberapa surah lazim termasuk an-Naba', al-Mulk dan beberapa ayat terakhir surah al-Hasyr. Oleh kerana ayah kerap ulang surah-surah tu, secara tak sengaja saya dapat meniru kembali bacaan ayah walaupun masa tu belum khatam qira'ati lagi. Bila diingat kembali, barulah saya sedar yang saya ni adalah auditory learner.

Kajian menunjukkan ada tiga macam gaya belajar (Learning Style) iaitu auditori (auditory), visual (visual) dan kinestetik (kinesthetic) dan saya adalah seorang auditory and visual learner tapi more to auditory la. Jadi, apa-apa yang saya dengar, lagu dan sebagainya cepat saja saya ingat. Jika buat study group, apa yang yang dibincangkan dengan kawan-kawan tu juga lebih saya ingat berbanding studi sendiri. Kalau studi sendiri, saya akan baca seolah-seolah saya sedang mengajar seseorang.

Oleh kerana telinga saya sedikit sensitif pada bunyi-bunyian, saya akan terganggu jika belajar ditempat yang bising seperti di kafeteria (tapi ada pula orang yang boleh studi di tempat macam tu, subhanallah!). Saya juga susah nak tidur kalau dengar orang bersembang walaupun tidaklah sekuat mana suara mereka tu (tapi kalau dah letih tu memang tak dengar apa, terus pejam ja).

 Kadang-kadang kita rasa dah studi banyak tapi tak ingat juga. Ada kawan kita studi sikit tapi boleh score pula. Time kita pulun studi, dia pula seronok bershopping. Oh, ini tidak adil bukan? Sebenarnya, lain orang lain cara belajarnya jadi kita kena tahulah kita ni jenis learner yang macam mana, auditori ke, visual ke atau kinestetik. Mudah-mudahan kita dapat belajar dengan berkesan dan itu pun dengan bantuan Allah juga. =)




So what's your learning style? Kalau nak tahu bolehlah cuba di sini.

Akhir kalam, sedikit kesimpulan daripada "ceramah motivasi" ringkas saya pagi ini ialah:
  • Anak-anak tu akalnya bersih. Apa-apa yang ada dilihat, didengar (anything that can be perceived by his/her senses) dengan mudahnya akan absorb dalam diri. Kerana itu pembentukan yang baik itu penting untuk menghasilkan natijah yang baik.
  • Ketahui dan kenal pasti gaya belajar anda agar dapat belajar dengan lebih efektif.
  • Proses pengulangan adalah salah satu teknik pembelajaran berkesan.
  • Potensi anak-anak perlu digilap sejak kecil. Memang tepatlah kata pepatah, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya"
P/s: rasa macam buat motivasi alihan pelajar pula, hihihi. ^_^

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive