Selamat Bertamu di Teratak Baru!

8.5.13

Bismillah walhamdulillah...

Dengan izin Allah saya mulakan coretan di teratak baru ini.
Sedih meninggalkan 'teratak' lama (insyeerah.blogspot.com).
Teratak lama penuh kenangan.

Saya ingat saya mula terjun ke medan penulisan blog ini selepas SPM.
Ketika jiwa masih 'fresh' keluar dari bumi wakafan tarbiyah, bumi yang redup dengan biah solehah.
Penulisan ketika itu, walau ayatnya masih kurang matang tetapi dalam hati tetap berusaha untuk memberi, berkongsi terutamanya untuk santapan hati sendiri juga hati para pembaca.

Kini, dengan berat hati saya meninggalkan 'teratak' lama penuh kenangan itu.
Teratak itu telah dijangkiti oleh 'unwanted ads', iklan pelik2 yang mencacatkan pandangan. Oh saya sungguh geram!

Setelah sekian lama tak mencoret di 'teratak' (menulis blog), Allah izinkan jua jemari ini menaip sesuatu.
Semangat untuk kembali menulis. Semoga saja DIA redha. ^_^

SELAMAT MEMBACA ENTRI PERTAMA INI. MOGA ALLAH REDHA DENGAN KALIAN. DOAKAN MOGA ALLAH PELIHARA BUMI BERTUAH INI DARI FITNAH DAN TIPU DAYA!

MOGA ALLAH REDHA!


You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive