Sabar itu Anugerah...

11.5.13

Bismillah walhamdulillah...

Kalian pasti pernah hadapi situasi yang mencabar kesabaran kan? Secara tak sengaja terkeluarlah dari mulut,

"selamat boleh sabar lagi, kalau tak...."

*           *           *           *           *
Alkisahnya hari ini ada presentation projek untuk Leadership Skill Class. Presentation ala2 interview gitu dengan 3 orang panel. 

Kami telah dibahagikan kepada 3 sesi dan group saya adalah pada sesi 2 yang (sepatutnya) bermula pukul 10 pagi. Oleh kerana group yang terlibat bukan satu dua tapi berbelas-belas maka kami decide untuk datang setengah jam awal iaitu pukul 9.30 pagi dengan harapan kami dapat masuk awal.

Namun harapan tinggal harapan. Sekitar pukul 11 pagi, masih ada group sesi 1 yang belum tamat. Dipendekkan cerita, kalian tahu pukul berapa kami mula present? Pukul 3 petang! Subhanallah, memang lapar jiddan! Nak pergi lunch tapi takut terlepas turn.

Bayangkan dari pukul 9.30 pagi tunggu, pukul 3 petang baru present. Memang masing2 penat dan lapar tapi saya kagum satu perkara, KESABARAN! Alhamdulillah tak ada yang nak mengamuk sebab frust kena tunggu lama. Walaupun lama menunggu dan mood masing2 pun dah down tetapi setiap dari kami masih memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi. Para panel, walaupun saya tahu mereka juga penat, tetap enjoy our presentation, jadi mereka juga punya KESABARAN yang hebat! =)

Daripada apa yang berlaku ini, saya kira SABAR itu satu anugerah. Bayangkan kalau manusia Allah tak kurniakan sifat sabar, mungkin rosak binasa dunia ini. Semua nak marah2, pukul sana pukul sini, sepak sana sepak sini, mengamuk sana mengamuk sini (sila tambah sendiri).

Jadi, mari pupuk SABAR dalam diri. Pada saya SABAR itu adalah apabila kita berjaya mengawal hawa nafsu dari merasuk ke dalam diri. TAPI, SABAR itu bukanlah bermakna kita redha dan biarkan kezaliman dan penindasan bermaharajalela. Tengok sahabat2 kita di Palestin ditindas kita pun,

"Sabarlah, nak buat cemana dah Israel nak serang diorang. Kita bukan boleh lawan Israel pun"

Menentang kezaliman tu termasuk dalam bab AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR ye teman2, jadi ia wajib untuk ditentang.

Akhir kalam, saya kongsikan dua ayat Allah untuk kita renung2kan =)

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya...”    

(Al-Kahfi:28)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang 

dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”      

(Az-Zumar:10)

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive