Murah, Mudah dan Berkesan

26.9.15

Bismillah walhamdulillah.

*Bunyi tajuk macam iklan kosmetik dah.

Source pic ~ LINK


Baru-baru ni, semasa mengunjungi sebuah shopping complex, ada satu produk yang menarik perhatian saya. Salah satu sebab yang berkenan sangat tu bila ada tulis 'PARABEN FREE'. Nutox nama produk tu. Woahh..excited betul tengok produk yang bebas paraben ni.

Perangai saya, sebelum beli sesuatu produk, saya akan 'research' dulu serba sedikit, tengok review-review pengguna produk tersebut (bukan buat tesis saja kena research tau). Dan seperti biasa ada pro dan kontranya. Maka, untuk masa sekarang niat nak membeli tu saya 'hold' dulu. Kena buat research lagi + 'istikharah' (ewahh..istikharah terus). Bila ada keperluan nanti baru akan dibeli.

Kalau kita lihat hari ni, produk-produk kecantikan di pasaran ni bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, baik keluaran tempatan mahupun antarabangsa. Setiap hari, ada saja iklan produk kecantikan baru yang muncul terutama di laman sosial. Yang lebih mudah, rata-rata produk boleh dibeli online. Hari ni bank-in, esok lusa abang posmen sampai depan pintu dengan bungkusan 'istimewa'.

Ya, demi kecantikan zahir, biar beratus harganya sanggup dilaburkan. Yang penting, 'I putih gebusss'. Tetapi, berapa ramai yang cakna tentang kecantikan hati? Hati yang cantik adalah hati yang bersinar dek hubungannya dengan Allah, penuh dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia. Hati yang bebas daripada ujub, takabbur, hasad dengki, benci dan lain-lain sifat mazmumah.

Cuba semak hati kita, ya akhowati ku sayang. Hati kita ni seputih wajah kita kah? Se'gebus' kulit kita kah? Saya sendiri mengaku banyak cela di hati ni. Bukan saja jerawat, blackhead, whitehead bahkan mungkin lebih daripada itu! Agaknya kalau hati kita ni boleh dipantulkan kat cermin, tak tau la macam mana hodohnya kan (potong bawang :'(( )

"Dah kenapa nak jaga sangat hati ni?? Bukan orang nampak pun", ujar seorang sister tak puas hati sambil scroll blog ni lelaju (sister pulak).

Eh, jangan la marah. Biar saya bagitau sebabnya ya. Pada saya mudah. Pertama, yang Allah nilai adalah hati kita (dan juga amalan). Dan, hanya hati yang bersih, yang sejahtera (qolbun saleem) itulah yang diterima Allah. Hati yang sejahtera ni, indikatornya pada diri kita. Bagaimana akhlak kita dengan Allah dan manusia. Selalu kita dengar alasan 'biarlah perangai aku teruk pun asalkan hati baik'. Kalau hati baik, perangai (akhlak) mesti cantik maa..Cantik macam yang Allah kata cantik, bukan cantik pada pandangan manusia saja.

Kedua, yang ni saya seram sejuk sikit nak sebut. Tapi kena sebut juga. Di akhirat nanti yang akan kita persembahkan kat Allah bukan saja wajah kita, body kita tetapi HATI kita? Kalau Allah panggil kita pulang sekarang dan tunjuk hati kita kat Dia, agaknya Dia nak terima tak?

Firman Allah s.w.t,

وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ * يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ* إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ*

“Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (As-Syu'ara: 87-89)


Tetapi, akhowati jangan bimbang tau. Sebenarnya penjagaan hati lagi mudah daripada penjagaan muka. Sebab 'produk-produk' penjagaan hati ni jauh lebih MURAH, MUDAH dan BERKESAN! Yang penting ISTIQOMAH, inshaAllah kesannya maksimum!

Ok semua dah berkumpul nampak. Tak sabar nak tau produk apa ya. Sebelum tu kita dengar lagu ni dulu na (sila diamkan sebentar BGM a.k.a background music blog ini)



Hah! Tu la 'produk-produk' yang saya maksudkan. Kenapa saya tak cakap produk ni FREE? Sebab ada benda-benda yang kena beli contoh al-Qur'an, sejadah, telekung. Even ada apps al-Qur'an, tapi mushaf jugak yang best dan berkesan. Apapun, benda-benda ni semua jauhhhh lebih murah berbanding produk-produk kecantikan,  أليس كذلك؟ (tak gitu?) :D

Akhir kalam, wajah dan tubuh badan kena jaga juga sebab tu Allah bagi pinjam kat kita. Kena la jaga molek-molek. Tetapi, yang paling penting nak jaga kesihatan dan kecantikan hati. Selain dok belek-belek muka, belek-belek juga hati kita (a.k.a muhasabah diri). Saya pun masih dalam proses nak buang cela-cela di hati ni. Biasalah sekejap buang, sekejap ada balik tompok hitam. Apapun, jangan putus asa ya ukhti! :)

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive