Nilai RM 1

22.9.15

Bismillah walhamdulillah...

Source Pic ~ LINK


Situasi 1

Mahu membayar fotokopi tetapi tak cukup RM 1. Tiba-tiba seorang sister datang disebelahku,

"Sister, ambil la ni", dia menghulurkan RM 1.

"Eh, sister?", aku sedikit kaget. Tetapi aku memerlukan wang itu.

"Ambil saja. Anggap hadiah", ujarnya sambil tersenyum.

Allahu Rabbi! Tak putus-putus aku mengucapkan terima kasih. Dalam hati berdoa agar Allah memudahkan segala urusannya.


Situasi 2

Sambil menunggu bas Rapid KL, sempat berbual dengan seorang sister disebelahku. Beberapa minit kemudian, bas yang ditunggu pun tiba. Aku membelek duit yang ada di dalam dompet. Cuma ada note hijau yang bernilai besar. 

"Alamak, tak ada duit 'kecil' pula", ngomel ku sendirian.

"Sister, ambil la ni. Hadiah ya", sister disebelahku itu menghulurkan RM 1.

"Ya Allah, terima kasih sangat sister".

*          *         *          *

Fotokopi banyak-banyak, bila nak bayar tak cukup RM 1. Nak naik bas Rapid KL, tapi tiada RM 1. Allah hantar pula hamba-hambaNya untuk membantu.

Terima kasih buat sister yang menghulurkan bantuan walaupun cuma RM 1. Sungguh bernilai RM 1 itu bagi yang sangat perlu. 

Sebenarnya Allah mahu mengajarku untuk tidak lokek dalam meringankan beban orang lain. Walaupun pertolongan itu tak seberapa, tetapi mungkin bernilai di sisi sang penerima. 

SEMOGA TAK JEMU MENYEBARKAN KEBAIKAN!
Give a helping hand!

P/s :
Selalu baca di IIUM Confession/IIUM Online tentang kebaikan-kebaikan hamba Allah yang membantu insan lain walaupun tidak saling kenal. Bila sendiri yang mengalami, baru faham istilah 'masih ada orang baik dalam dunia ni'.

*Sister - gelaran untuk siswi di UIA.

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive