Kaku

31.5.15

Bismillah walhamdulillah...

Source Pic~ LINK


Kekok.
Kaku.
Terasa kekok dan kaku untuk menulis.
Lantaran dosa-dosa yang bersarang di hati,
juga dosa-dosa lama yang menghantui.

Namun,
aku tak lelah untuk menghampiri-Nya,
ku tebalkan wajah yang penuh dosa,
terduduk menghadap kebesaran sang Pencipta,
Masihkah ada cinta, redha dan perhatianMu untukku??

Tuhan..
Jangan biar diri ini sendiri,
dalam menelusuri hari-hari yang tak pasti.
Andai Kau serahkan hari ini
untuk ku corakkan sendiri
pasti rosaklah hari ku ini.

-N.Insyeerah-
150531
IIUM


Sungguh, penulisan yang berisi dan mengesan di hati itu bersangkut paut dengan amalan, bukan lahir dari akal semata. Kalau setakat nak tulis hari ni makan apa, hari ni shopping kat mana, dengan siapa semata, itu memang mudah. Tapi, apalah sangat kesannya pada pembaca kalau tak dikaitkan apa yang dilalui dengan Pencipta? Iye kan?


MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive