Jawapan Sempurna

22.5.15

Bismillah walhamdulillah...

Source Pic LINK


Pena berhenti menulis. Jawapannya masih belum sempurna. Beberapa ayat hafazan yang dihafalnya semalam 'hilang' dari ingatan.

Kertas jawapan direnung. Fikirannya kosong. Kelihatan beberapa orang pelajar mula bergerak meninggalkan dewan. 

"Arghhh...", jeritan bergema memenuhi benaknya. Mujur saja jeritan itu tidak berbunyi. Jika tidak mahu bergegar seisi dewan.

Satu ayat saja lagi!
Ya, cuma satu ayat. Maka hati mula berbisik,

"Ah..cuma satu ayat kan. Kau tinggal sajalah. Buang masa kau fikir lama-lama. Bukan kau ingat pun", ayat pasrah itu menggoda dirinya untuk turut bangun meninggalkan dewan peperiksaan.

Mahu bangun tetapi...

"Aku tak boleh mengalah! Insyaallah aku akan ingat. Bismillah dan bertahan!",

Mata dipejamkan. Saat itu, seakan ada satu aura meresap ke dalam diri. Semua 'laci' memori dibuka lantas di'geledah' satu persatu. Sedikit demi sedikit dan akhirnya...

"Alhamdulillah dah ingat!", dengan pantas dia menyempurnakan jawapannya. 

Jam tangannya dikerling sekilas. Berbaki 30 minit sebelum peperiksaan tamat. Setelah berpuas hati dengan semua jawapan, dia bangun dengan tenang. Puas kerana berjaya menewaskan sang putus asa. Betul atau salah itu cerita kedua. Prinsipnya 'jangan tinggal jawapan kosong. Jawab semampu yang boleh'. 

Dia belajar sesuatu. Fight to the end!. Andai dia berputus asa tadi, maka dia tidak dapat menyempurnakan jawapannya. Sedangkan jawapan itu ada. Cuma menanti usaha untuk mencarinya.

Jangan mengalah dan berhenti ditengah jalan. Teruskan melangkah hingga ke penghujungnya. Sikit lagi kau akan jumpa apa yang kau cari.


MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive