Puisi : Keikhlasan Yang Tercalar

29.4.15

Bismillah walhamdulillah...

Terbuang.
Source of pic LINK


Tatkala ujub mencengkam diri,
rasa diri terbaik sekali,
kerana lakukan itu, lakukan ini,
keikhlasanmu pun tercalar.

Tatkala riak merangsang jiwa,
kau lakukan sesuatu,
untuk tunjuk pada dia,
bukan pada Dia,
keikhlasanmu pun tercalar.

Tatkala takabbur merajai hati,
kau pandang mereka hina, kaulah tertinggi,
bahkan kau memuji-muji diri sendiri,
keikhlasanmu pun tercalar,

Waspadalah!
pada penyakit hati,
ia adalah 'berhala' dalam diri
yang merosakkan amalan,
yang mencalarkan keikhlasan.
.
N.Insyeerah
290415
Kuala Lumpur


p/s :
1. Amalan yang kita rasa 'terbaik', diri yang kita rasa bagus tu, belum tentu Allah pandang. Sia2 kalau Allah tak terima.
2. Kalau buat amalan kerana dia (manusia), dia boleh bagi pahala ka?
3. Doa. Minta pada Allah agar disembuhkan daripada penyakit-penyakit hati ni. Hati tak tenang. Ibadah terganggu. Tak mau amalan masuk 'bakul sampah'.

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive