Irama Nostalgia

25.4.15

Bismillah walhamdulillah..

Zaman dulu dengan kasetnya. Pic source~LINK

Youtube dibuka. Taip. Tap! Search...Sesaat, keluarlah senarai carian.

Klik! Nasyid pertama dimainkan. Qatrunnada 'Cinta Agung' menjadi pilihan. Irama yang tenang. Bait-bait yang menyentuh hati. Tiada alat-alat muzik yang banyak, jazz, hip hop dan sebagainya. Cuma rentak yang simple namun alunannya membekas di hati.

"Ah..tu lagu lama. Apa kelas layan lagu macam tu", mungkin ada yang berkata sedemikian.

Ya, kerana ia 'lagu' lamalah saya layan dan nikmati.

Hari ini, industri nasyid telah berkembang seiring peredaran zaman. Saban hari semakin ramai penasyid-penasyid baru yang muncul. Kemudahan media sosial seperti Youtube merancakkan lagi perkembangan industri nasyid tanah air. Hal ini merupakan sesuatu yang baik dalam rangka memberi hiburan alternatif yang mendidik jiwa (ayat cliche..huhu).

Namun, pada pandangan saya yang dhoif terasa ada sesuatu yang 'kurang' jika dibandingkan antara nasyid dahulu dan sekarang. Saya tetap layan nasyid-nasyid kontemporari cuma nasyid-nasyid nostalgia, liriknya lebih membekas di hati. Terasa ada 'roh' dalam tiap bait yang disampaikan (jangan fikir seram2 pulak ya).

Nasyid-nasyid baru pun ada yang bagus, saya tak nafikan itu. Antara yang saya suka nasyid 'Bintang Syurga-UNIC', 'Kasih Padamu-Hafiz Hamidun' dan banyak lagi. Cuma suka saya pesan,


Jika benar nasyid itu dakwah,
biarlah ia menyentuh jiwa,

liriknya bermakna,

tidak sekadar halwa telinga.

Buatlah genre apa pun namun matlamatnya jelas. 

p/s: Time kecik-kecik, selalu impress dengan penulis lirik. "Macam mana depa tulis hah?!". Ambil pen dan buku. Tulis. Sekali jadi pantun je.


MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive