'Abasa Watawalla

11.1.16

Bismillah walhamdulillah... 

Allah dah bagi kaedah untuk kita deal dengan manusia. (Gambar sekadar hiasan-LINK)
Izinkan saya berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Sebenarnya catatan ini telah tersiar dalam blog lama saya, jadi saya nak recycle saja. Benda bermanfaat apa salahnya recycle kan. Memang dah lama catatan ni, zaman second year di UIA. :D
...


(20 Disember 2012)

Sudah masuk minggu akhir untuk semester ni. Bila flashback semula, baru dapat rasa bestnya kelas-kelas semester ni. Salah satu kelas yang saya suka ialah kelas Dirasah Quran bersama Assoc. Prof. Dr. Laith Su'ud Jassem atau senang dipanggil Dr./Ustaz Laith. Orang Iraq tak silap saya.

Dr. Laith, saya kagum dengan dia. Walaupun kadang-kadang saya mengantuk sebab kelas di awal pagi. Walaupun Dr. selalu terlebih masa sebab semangat bercerita dengan kami, tapi ini antara kelas yang paling banyak input saya dapat. Juga paling menarik dengan gaya dan ekpresi wajah Dr. yang menggambarkan kesungguhannya dalam menerangkan ayat-ayat Allah kepada kami.

Subjek Dirasah Qur'an ni lebih kepada tafsir. Bermula dari pertengahan juz 28 hingga awal juz 30. Apa yang menarik ialah gaya Dr. mensyarah kitab Safwatul Tafasir tu seakan bercerita. Sesekali diselitkan ilmu sains seperti astronomi, geologi, biologi, microbiologi dan lain-lain. Kadang-kadang masuk pula psikologi, history, balaghah etc. Hingga saya terasa, sungguh TIADA KITAB YANG PALING LENGKAP MELAINKAN AL-QUR'AN. Itu belum masuk bab pemilihan perkataan dan lafaz-lafaz dalam al-Qur'an yang menunjukkan kehebatan Kalamullah itu sendiri.

Contoh dalam surah an-Naazi'aat. Dipermulaan surah, Allah menyebut,

(wannazi'aati gharqa) "demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras", 
(wannasyithoti nasytho) "demi malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut". 

Perkataan "gharqa" tu sendiri seakan-akan bunyi "grrrrr" yang menunjukkan dahsyatnya apabila malaikat mencabut nyawa orang yang tak beriman. Manakala perkataan "nasytho" seakan-akan bunyi "shhhh..." menunjukkan lembutnya malaikat apabila mencabut nyawa orang beriman (mashaallah...bulat mata ni bila ustaz terang gitu..Dia siap buat muka kerut-kerut sambil mencekik leher, terbaiklah ustaz.. O.O)

Satu lagi, ustaz ada share dengan kami tentang surah 'Abasa, dimana Allah telah menegur perbuatan nabi yang berubah riak wajah tatkala Abdullah ibn Umm Makhtum, seorang yang buta bertandang ke dalam majlis nabi bersama golongan high-class Quraisy.

[Sekarang kita nak fokus pada nama surah ('Abasa) dan ayat pertama sahaja. Murid-murid sila buka al-Qur'an sekarang..^^]

Dalam Bahasa Arab, ada fi'il ('verb' atau perbuatan) dan faa'il (orang yang melakukan). Perkataan 'Abasa Allah hadirkan dalam bentuk fi'il iaitu 'verb' bukan bentuk faa'il iaitu orang yang melakukan. Ini menunjukkan yang bermasalah tu bukan orang yang melakukan (Rasulullah) tetapi perbuataan itu sendiri iaitu bermuka masam (berubah riak wajah). Kalau ikutkan, Abdullah ibn Umm Makhtum tak terasa pun sebab dia tak nampak perubahan wajah Rasulullah tapi Allah still tegur untuk kita semua sedar bahawa perbuatan tu Allah tak suka, samada di depan atau di belakang manusia, kepada manusia yang sempurna atau tidak. (tang! kan dah kena 'ketuk' dengan Allah..)

Ustaz juga menerang nama surah ni turut menunjukkan bahawa, kalau nak tegur seseorang, tegurlah perbuatannya sahaja (sebab tu nama surah ni hadir dalam bentuk 'verb'). Kalau nak benci, benci perbuataan itu sahaja, bukan individu tersebut. Misalnya bila melihat orang bermaksiat, kita cenderung untuk benci individu itu dan menjauhi mereka hingga terbiar dalam dosa. Namun, yang patut dibenci cuma perbuatannya. Individu tu perlu dikasihi agar dapat ditarik keluar dari kancah dosa.

Ayat ini walaupun diturunkan kepada Rasulullah tetapi bersifat umum. Cuba tengok lafaz ayat ni  "'abasa watawalla", bukan "'abasa Muhammad watawalla". Maknanya apa? Allah tak khususkan kepada Rasulullah tapi untuk kita semua. Bila kita nak tegur seseorang di khalayak ramai, dalam usrah contohnya, tak perlu mention individu yang ingin ditegur agar dia tak berasa malu hingga sebulan tak nampak batang hidung (ada berlaku ke??). Untuk tegur, tegurlah secara umum. Siapa yang terasa diam-diamlah sajalah...huhu..

Wahhh..sekali dapat menulis banyak pula ya. Harap-harap kalian tak bosan. Doakan saya teman, moga ilmu yang ada mampu diamalkan..

note : Alhamdulillah semua dah settle, tinggal nak tasmi' saja. Surah al-Hasyr belum mahu 'mesra' 
         lagi dengan saya. Tak lekat-lekat lagi..huuu.. 
        
...
Al-Qur'an memberi pelbagai kaedah kepada kita dalam menjaga hablun minannas (hubungan sesama manusia). Kemudian, tak dapat dinafikan setiap perkataan dalam al-Quran didatangkan Allah secara tepat. Ada sebab kenapa Allah guna sesuatu perkataan atau lafaz, dan ini menunjukkan i'ijaz qur'an (mukjizat al-Quran).

Semoga bermanfaat untuk semua.

p/s: selepas ni bermula sesi repost-merepost. Sayang tengok artikel dalam blog lama tu.

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive