Teguran

20.1.16

Bismillah walhamdulillah... 

Kadang-kadang kita campak tepi teguran baik yang diterima.  Source pic~LINK

Bila si kekasih jatuh sakit, segera dia berlari ke farmasi mencari ubat. Risau melihat keadaan kekasihnya terlantar tidak bermaya. Familiar kan dengan scene drama macam ni? Hehe..Yang penonton pun,

"Wahhh...sweetnya laki dia...", macam tu la reaksinya.

Ok, saya bukan nak suruh kalian berfantasi macam-macam. 
...
Bila orang menegur kesalahan kita, apa reaksi pertama kita? Terima? Melenting? Buat tak endah? Jujur, saya sendiri susah menerima teguran. Kadang-kadang macam endah tak endah saja (ego manusia) tapi sebenarnya telinga still dengar. Kemudian baru la akan fikir dan cuba hadam teguran yang diterima.

Kalau ikutkan memang susah untuk kita terima sesuatu teguran. Hakikatnya teguran ni seperti ubat, PAHIT untuk ditelan tetapi BAIK untuk kesihatan. Bersyukur dan rasa terima kasih kerana ada yang sudi menegur kita. Itu tanda dia concern dan mahu kita jadi lebih baik. Daripada kita terus melakukan kesilapan dan orang bercakap belakang, lebih baik ada yang menasihati secara berdepan. 

Anggap saja orang yang beri teguran tu macam scene drama tadi. Kerana si penegur sayangkan kita dan mahukan kita 'sihat' (peribadi) lalu dihulurkan 'ubat' teguran. InshaAllah kita akan jadi lebih baik selepas itu. Maka, setiap kali ditegur kita rasa disayangi. 

Paling penting, teguran yang diterima hakikatnya dari Allah. Allah sayang kita dan nak didik kita melalui manusia dan ujian-ujian lain supaya hamba-Nya menjadi insan yang lebih soleh.
...
Kalau kita dalam posisi penegur, nak kena ada seni pula supaya boleh diterima oleh yang ditegur. Yang kita nak betulkan itu manusia, bukan mesin. Ada hati dan perasaan yang perlu kita fahami sebelum disentuh. Beri kefahaman dahulu sebelum teguran. Menegur dengan berseni itu kan akhlak nabi ^_^ .

p/s: Saya masih belajar bagaimana menyentuh hati. Jika ada kekasaran sepanjang menegur harap dimaafkan ya.

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive