Yang Utama

3.4.16

Bismillah walhamdulillah... 

Sudah di semester ke dua sebagai seorang postgraduate student. Masih memasuki kelas menghabiskan saki baki subjek. Semoga lebih baik hendaknya semester ini berbanding yang lepas.
...

Pintu itu kan terbuka saat Tuhan ingin menginginkannya. Source Pic~LINK

Saat melihat rakan-rakan seusia meraikan hari bahagia, terfikir pula tentang diri sendiri. Ditambah saudara-mara yang mula bertanya buat aku terfikir seketika soal cinta. 

Tetapi, tatkala Tuhan mengujiku (dengan sesuatu), aku mula terjaga dari mimpi. Meski ujian itu sedikit perit untuk ditelan namun aku mahu berterima kasih pada Tuhan atas ujian itu. Perlahan-perlahan jiwaku makin kuat dan fokusku makin meningkat. Ya, fokus kepada dunia pascasiswazah ini. Cinta? Aku simpan di satu sudut. Tidak digenggam namun tidak ditolak tepi. Biarkan saja ia di sudut itu sampai waktu Tuhan takdirkan seseorang untuk membukanya.

Sebenarnya, masih banyak harus dilakukan. Tuntutan dan tanggungjawab pada dunia yang aku ceburi menuntut pengorbanan bukan angan-angan.

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive