Aku dan Puisi Pak Baha

5.9.13

Bismillah walhamdulillah..

Lama sudah menyepi,
Di alam maya luas tak terbatas,
Hanya kata-kata, 
terkapar malas,
di muka kertas.

Esok atau lusa,
Akan ku ketuk juga pintu,
membangunkan sekalian kata,
yang tertidur dan bisu..
(Pak Baha)

Puisi indah yang cukup bermakna. Hadir pula tepat pada masanya. Bagai mengetuk diri yang sudah lama meninggalkan pena.

Sejak wujudnya laman sosial seperi Facebook dan Twitter, sudah mula malas mengarang ayat panjang-panjang. Sekadar melontarkan idea dan hikmah sepatah dua kata dalam 'status' mahupun 'tweet'.

Jika diizinkan Allah untuk masih berkarya di laman blog ini, mungkin hanya tulis bait-bait ringkas saja. Bak kata hikmah, 'biar sikit asalkan istiqomah'.

Dua hari sebelum melangkah pulang ke kampus tercinta, UIAM. Mahu pulang dengan semangat yang baru, dengan target-target yang baru. Moga-moga Allah permudahkan langkahan kaki ini. =)
 

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive