Cermin

16.9.13

Bismillah walhamdulillah...

photo from [link]


Cermin yang baik akan memantulkan imej yang baik.
Cermin yang retak akan memantulkan imej yang rosak.

Cermin yang baik dan bersih, membantu kita membaiki penampilan. Bedak yang dipakai tak rata, tudung atau rambut yang tak kemas, kain yang senget, dapat diperelokkan dengan melihat cermin. Ada juga orang, cermin dengan dia tak dapat dipisahkan. Cikgu tengah mengajar kat depan pun sempat lagi membelek cermin membetulkan jambul rambut..huhu..

Sahabat selalu dikaitkan dengan cermin yang akan menjadi cerminan diri kita, memantulkan imej kita. Oleh kerana sahabat itu pantulan kita, maka kita akan tahu "oh begini rupanya aku". Kerana itu pentingnya dalam memilih sahabat. Namun ada pula orang kata,

"habis tu kita tak boleh kawan la dengan orang yang bermasalah?".

Oh bukan begitu maksudnya. Saidina Ali radiallahu 'anhu telah memberi satu garis panduan yang cantik untuk kita ikuti,

"Pergaulilah orang mukmin dengan hatimu, dan pergaulilah orang yang rusak dengan akhlakmu"

Jadi, bergaullah dengan sesiapa pun asalkan kita tetap membawa akhlak Islam. =)

Ok, sebenarnya saya menulis ini kerana melihat sahabat-sahabat saya yang solehah. =)
Alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang solehah ini sebagai mengindahkan hari-hari saya, menguatkan saya di atas jalan Allah dan Rasul ini.

Bila dikatakan sahabat itu cermin, maka sahabat-sahabat saya ini menjadi cermin muhasabah. Melihat mereka membuat saya menilai kembali diri. Masyaallah, peribadi-peribadi mereka sungguh indah, membuat saya rasa "ah jauhnya aku dari mereka". Ada yang ceria dan menceriakan orang lain, yang indah tutur katanya, yang hebat pengorbanannya, yang istiqomah dalam amal islaminya, yang kuat dalam mendidik diri dan orang lain, yang hebat semangatnya, yang mantap studinya, yang luas ilmu dan pembacaannya, semua ini menjadi "borang mutaba'ah" atau "borang penilaian" kendiri buat saya.

Tak dapat dinafikan, selagi namanya manusia pasti ada kekurangannya di sana sini. Namun, dalam setiap diri ada 'mutiara' kebaikan yang perlu digilap agar ia bersinar indah, samada dalam diri kita atau dalam diri sahabat kita. Jika 'mutiara' itu ada pada sahabat kita, jadikan ia qudwah atau contoh untuk kita perindahkan diri kita. Jika ia ada dalam diri kita, galilah dan gilaplah ia. Moga diri kita menjadi hamba yang baik dan indah di sisi Allah =)

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive