Andai Masa Bisa Ku Beli

16.3.15

Bismillah walhamdulillah...

Wal 'Asr...
Source Pic~ LINK

Saya selalu terfikir begini, andai masa boleh dijual beli,

          “Boleh tak saya nak beli ‘masa’ awak?”,

“Sanggup awak buang ‘masa’ begitu sahaja. Sedangkan saya buat kerja sampai tak cukup masa”,

“Daripada buang je ‘masa’ tu, lebih baik bagi kat aku”,

Emm… Macam lebih kurang je ayat. Tak mengapalah.

Sebenarnya saya selalu terfikir sanggup saya bazirkan masa macam tu saja sedangkan ada orang lain yang sangat perlukan masa. 24 jam yang ada seakan tak cukup baginya. Kalau boleh sejam yang kita bazirkan, dia nak ambil supaya bertambah menjadi 25 jam.

Kadang-kadang, bila kita pula tak cukup masa dan orang lain buang masa, rasa nak je cakap,

           “Boleh tak bagi sejam yang kau buang tu untuk aku siapkan assignment?”,

Tak tahulah kalau saya saja yang fikir pelik-pelik macam ni.

Tetapi itulah, kalau boleh bila nak buat benda yang tak berfaedah, ingat-ingatlah sikit. Orang lain tak cukup masa buat kerja, kita pula sesuka hati bazirkan masa.

Macam makanan la kan, sanggup dibazirkan sedangkan ada orang lain tak cukup makan. Tapi makanan ni lain sikit. At least kita masih boleh bagi dekat orang lain. Kalau masa? Boleh ke bagi sejam supaya jadi 25 jam. Mustahil la. 

Benarlah ayat Allah,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” (Al-Asr : 1-2)

Kalau nilai masa tu boleh nampak dengan emas dan wang ringgit pasti manusia tak sanggup bazirkannya. Katakan seminit yang dibuang, beribu-ribu ringgit akan hilang (ekstrem sangat contoh ni). Sudah tentu masa itu akan dimanfaatkan sebaiknya.

Kerana masa itu berjalan sehala, akan ada satu kesan jika membuang masa iaitu PENYESALAN.

          “Kenapa la aku tak study awal-awal dulu”,

          “Kenapa la cuti hari tu aku tak buat kerja-kerja ni. Kalau tak mesti dah siap sekarang”

Penutup

Fikir sebelum buang.
Source pic ~ LINK


Cuba rancang hari-hari kita. Sedari bangun pagi apa yang perlu dibuat. Tentukan prioriti kerja. Fikirkan juga sekiranya ada masa kosong atau terluang, apa pula yang nak diisi. Perkara itu mestilah sesuatu yang bermanfaat pada diri dan mampu mendekatkan kita dengan Allah.

Akhir kalam, saya juga masih belajar menyusun waktu. Kadang-kadang ‘terbabas’ juga. Cuma kalau boleh jangan ‘terbabas’ di tempat yang sama untuk kali kedua. Sama-samalah kita belajar menghargai waktu kerana itu sifat yang Allah sukai.



Source Pic ~ LINK

p/s: para ahli falsafah dulu selalu dianggap 'gila' kerana persoalan yang dilontarkan kadang-kadang tak masuk akal. "They like to ask silly question", kata pensyarah.


MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive