Soalan Cepu Emas

25.3.15

Bismillah walhamdulillah...

Sebagai seorang yang bakal menamatkan degree tidak lama lagi, sila jawab soalan berikut. Huraikan. (100 m)

1) "Bila nak kahwin?"

2) "Lepas grad ni nak buat apa?"

Fuh,fuh,fuh...berpeluh-peluh den bila ditanya soalan-soalan ni. Lebih seram daripada jawab soalan final.

"Emm..dah dewasa aku ni",


Jawapan: 

1) Insyaallah bila sampai masanya (skema jawapan memang macam ni).

Teman-teman sebaya pun dah ramai yang ada famili sendiri, dah dukung anak pun.

Kalau ikutkan malas nak fikir sangat soal ni. Ada target lain yang nak dicapai. Tapi, bila dah ramai yang bertanya mula la terfikir mungkin sudah sampai masa untuk memikirkan fasa seterusnya. Sudah sampai masa untuk lebih serius mempersiapkan diri.

Sembang soal kahwin, kalau orang-orang muda ni memang rancak. Dok bayang majlis kahwin yang meriah, grand bagai. Tapi, no! Kita bukan saja jadi raja sehari tetapi seumur hidup. 'Raja' yang akan memerintah dan mentadbir sebuah negara yang bernama rumah tangga. Bagaimana nak lahirkan sebuah 'negara' yang harmoni, yang beriman, 'negara' dakwah. Rakyat yang terdiri daripada anak-anak itu, bagaimana harus dicorakkan? Kalau 'raja' yang mentadbir itu pun lemah, bagaimana mahu lahirkan 'rakyat' yang kuat, 'rakyat' yang layak menjadi mujahid Islam.

Terdiam. Berat amanah tu.

Maka, urusan ini diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Dia lebih tahu masanya yang sesuai dan bila diri ini bersedia. Kalau sudah sampai masa, insyaallah segalanya akan dipermudahkan. 
  
2) Satu sahaja yang saya fikir, mahu memanfaatkan apa yang ada pada diri untuk orang lain.

Hari ini, majoriti kita akan associate belajar dengan kerja dan gaji.

"Aku belajar ni sebab nak kerja sekian-sekian",

Kalau dapat kerja yang dihajati, alhamdulillah. Bagaimana kalau tak dapat, interview asyik sangkut. Mau ada yang frust. Kalau kat Korea, mungkin ada yang terjun bangunan.

Ramai yang masa belajar bidang lain, bila kerja bidang lain. 

"Habis tu rugilah ilmu yang dapat masa alam belajar tu?"

 Eh, siapa kata rugi. Ilmu itu tetap akan ada manfaat dalam kehidupan. Kan Allah dah kata,

"Katakanlah lagi (kepadanya), "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?..." (39:9)

Target saya yang utama, saya akan terus menambah ilmu hingga ke peringkat tertinggi, insyaallah (mohon doanya). Moga mampu menjadi sumbangan untuk Islam. 

Apapun, doakan saya diberi kebaikan di dunia dan akhirat.

Jalan hidup, biar DIA yang menentukan. Kita hanya perlu usaha.
source pic ~ LINK

p/s : Maaf cikgu kalau jawapan saya tak memuaskan.

MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive