Osemnya Sejarah!

25.3.15

Bismillah walhamdulillah…

“Bila sebut subjek ‘Sejarah’, apa yang kamu fikir?”, soal sang guru. Dia merupakan guru pakar untuk subjek Sejarah.

“Bosan…”,

“Killer subject!”,

“Tak minat…”,

“Susah nak ingat, susah nak score”,

Bla…bla…bla…

Begitulah perspektif kebanyakkan pelajar terhadap subjek Sejarah termasuklah saya. Walaupun ‘A’ di atas sijil SPM, tapi kalau ditanya sungguh saya tak ingat. Kosong. Blank.

Sejarah tu Penting

Namun sejak memasuki alam IPT dan ‘mengaji’ pula subjek-subjek akidah dan falsafah yang berkait rapat dengan sejarah, saya mula merasai kepentingannya.

Saya sedar untuk meminati sesuatu bermula dengan rasa ingin tahu. Daripada rasa ingin tahu itu, kita akan mencari dan mengkaji hingga bertemu jawapan yang diingini.

Sepanjang saya belajar, ada beberapa subjek yang membuatkan saya tergerak hati untuk menyelak kembali sejarah. Antaranya ‘Religious Pluralism’ yang membincang tentang pluralisme agama dan bagaimana kemunculannya. Juga subjek-subjek yang berkaitan dengan falsafah  dan pemikiran seperti ‘History of Islamic Philosophy’, ‘Western Philosophy’, ’Philosophy of Science’ dan ‘Modern Ideologies’, semuanya ada kaitan dengan sejarah. Mahu atau tidak, sejarah perlu diselak.

Apa yang Saya Belajar daripada Sejarah

Apa yang berlaku kepada kita hari ini ada sejarahnya. Seperti mana diri kita, masing-masing  punya asal usul yang unik apabila dikaji dan dirujuk kepada orang-orang lama. Dunia disekeliling kita juga begitu. Apa yang berlaku ada puncanya.

Sejarah mengajar kita banyak benda. Rasanya kalau tanya prof.Google apa kepentingan sejarah, berderet jawapan yang keluar. Tapi yang saya nak share ni daripada apa yang saya rasa tentang sejarah.

Pertama, dengan mengetahui sejarah atau latar belakang sesuatu perkara, kita akan lebih memahami kenapa perkara itu terjadi.

Saya nak ambil contoh satu perkara. Ingat tak zaman sekolah dulu-dulu, bila belajar sejarah tentang perjanjian-perjanjian raja-raja melayu. Dalam perjanjian-perjanjian ni, raja-raja melayu hanya diberi kuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja sedangkan segala urusan lain termasuk pentadbiran dan pemungutan hasil dalam negeri dikawal sepenuhnya oleh British. Daripada sini kita lihat bermulanya pemisahan antara agama dan pentadbiran negara. Dan itulah antara tujuan utama penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Maka Islam hari ini hanya tinggal sebatas ritual bukan lagi sebuah cara hidup.   



Rujukan : Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, ITBM

Kedua, dengan mengenal sejarah yang benar akan membentuk jati diri yang benar juga. Pelajari sejarah Islam melalui sirah Rasul. Kita akan dapati umat Islam bukanlah lemah seperti yang dicanangkan dan bukanlah teroris seperti yang dimomokkan (dan kita akan kenal pula 'teroris' yang sebenar). Juga sejarah Tanah Melayu membuktikan orang Melayu itu kuat apabila bersamanya ada Islam. Para pejuang seperti Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, mereka rela syahid daripada membiarkan tanah ini dijajah. Lebih menyedihkan apabila nama mereka sinonim dengan kata-kata negatif  seperti 'pemberontak', 'penderhaka' dan sebagainya sedangkan mereka adalah pejuang (semoga Allah merahmati perjuangan mereka).

Ketiga, yang ini mungkin ‘berat’ sikit, belajar macam mana musuh-musuh Islam plan untuk jatuhkan umat Islam dan ubah mentaliti supaya jadi lemah. Apa yang terjadi hari ini dah lama mereka plan. Penjajahan ke atas Tanah Melayu juga sesuatu yang dirancang, bukan secara kebetulan. Cahaya Islam yang mula menyinar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan tertegaknya beberapa undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka (rujuk LINK). Sudah pasti musuh tidak akan berdiam diri. Lalu mereka datang ingin merampas bukan sahaja tanah tetapi akidah. Mereka merancang, namun Allahlah sebaik-baik perancang. Mereka 'gagal' menukar akidah penduduk Tanah Melayu namun cukup untuk memberi kesan kepada pemikiran dan cara hidup. 

Penutup

Sejarah itu perlu dipelajari. Maka harus berfikir bagaimana hendak menjadikan sejarah itu menarik untuk dipelajari. Namun sejarah itu haruslah sesuatu yang benar, bukan ditokok tambah. Mungkin sukar nak tahu mana yang benar, mana yang palsu maka kenalah lebihkan membaca pelbagai bahan.

Akhir kata, dalami sejarah. Ambillah ibrah. 

Source pic ~ LINK


MOGA ALLAH REDHA!

You Might Also Like

0 comments

Visitors

Blog Archive